Search This Blog

Monday 8 August 2011

PENDAFTARAN "PEMUTIHAN"

Kami Agensi Pekerjaan Karez Abadi (M) Sdn Bhd adalah salah satu Syarikat Pengurus yang mengendalikan "Pemutihan" bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)


*Pejabat Operasi kami di Batu Caves, Selangor
*Dibuka dari 9am-12am setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 03-6186 6072

Ruj: IM. KDN (S) IM 03/986/1 (56)

Saturday 2 July 2011

Program pemutihan pendatang tanpa izin di Malaysia diadakan pada july 2011

Satu program pengampunan dan pemutihan imigran di negara ini dari sisi undang-undang bakal diadakan pada bulan depan untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin di negara ini.
Imigran di negara ini dianggarkan berjumlah lebih dua juta orang sekarang.
Program yang digelar “6P” itu iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil tempoh masa tiga minggu untuk dilaksanakan.
Ia merupakan program paling komprehensif yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin.
Operasi terdahulu adalah terhad kepada usaha penghantaran mereka balik ke negara asal masing-masing.
Program pengampunan pernah dilakukan beberapa kali. Program sedemikian yang terbaru dilaksanakan pada tahun lalu.
Seorang pegawai kanan dari KDN memberitahu imigran diberi tempoh tiga minggu untuk menerima tawaran tersebut atau berdepan dengan undang-undang sekiranya mereka ditahan tanpa dokumen perjalanan sah atau permit kerja.
“Program enam-dalam-satu itu bertujuan untuk mendaftarkan semua imigran di negara ini. Cap jari mereka akan diambil dan disimpan pada pangkalan data Jabatan Imigresen untuk rujukan masa depan.
“Ia juga bagi memastikan mereka tidak masuk kembali atau tinggalkan negara ini dengan nama atau pasport berbeza,” katanya.
Program pengampunan dan pemutihan imigran tersebut dijangka dibuat pada Khamis ini.
Difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Tanpa Izin mempunyai kata putus berhubung dengan perkara tersebut.
Di bawah Program 6P, pendatang tanpa izin yang ingin meninggalkan negara ini dibenarkan berbuat demikian tanpa bimbang mereka akan ditahan.
Sumber KDN berkata, kerajaan akan mengenakan caj sebanyak RM400 bagi setiap imigran.
Daripada jumlah tersebut, RM300 ialah kompaun kerana tinggal terlalu lama sementara RM100 ialah pas khas untuk membolehkan imigran tersebut menetap di negara ini.
Bagaimanapun, pekerja-pekerja ini akan membayar antara RM2,000 hingga RM3,500 untuk perbelanjaan seperti levi, pemeriksaan perubatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), kad pengenalan dengan data biometrik, visa JP dan bayaran kepada syarikat yang dilantik untuk menjalankan program tersebut.
(Visa JP ialah dokumen “journey performed (pengembaraan yang telah dilakukan) Pemohon dari negara-negara bukan Komanwel yang memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial tanpa mengambil visa rujukan di negara asal selalunya dikehendaki untuk meninggalkan Malaysia).
Mereka hanya dibenarkan untuk mendapatkan permit kerja dengan visa rujukan.
Mereka yang ingin bekerja dalam sektor pertanian perlu membayar levi sebanyak RM360, RM540 (perladangan), RM1,200 (perindustrian dan pembinaan) dan RM1,800 (perkhidmatan).
Adalah difahamkan KDN akan melantik beberapa syarikat untuk menjayakan program pengampunan dan pemutihan imigran tersebut.
“Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan tersebut perlu mengemukakan permohonan mereka kepada kementerian dalam beberapa hari ini.”
Majikan yang bercadang untuk menggaji para pekerja perlu mengemukakan profil mengenai perniagaan mereka.
“Misalnya, mereka yang terlibat dalam sektor perindustrian perlu mengemukakan salinan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.
Pengusaha restoran yang ingin menggaji pendatang tanpa izin perlu melampirkan salinan lesen yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran.
Imigran tanpa izin yang mana pasportnya telah tamat tempoh perlu mengemukakan permohonan baru kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi atau kedutaan sebelum dipertimbangkan untuk menyertai program tersebut.
“Syarikat-syarikat yang dilantik akan membantu mereka tetapi mereka akan dikenakan caj,” katanya.

Tuesday 21 June 2011

Syarat-syarat kelayakan bagi menjadi Majikan

Sekiranya anda ingin menggunakan khidmat kami untuk mendapatkan Pembantu Rumah Warga Asing , sila kemukakan dokumen-dokumen seperti di bawah:-
ITEM A :
  1. Salinan kad pengenalan suami
  2. Salinan kad pengenalan isteri
  3. Salinan Sijil Perkahwinan
  4. Salinan Surat Beranak anak-anak
  5. Penyata Cukai Pendapatan Asal ( Borang J suami dan isteri ) terkini beserta salinan.
  6. Penyata Gaji terkini suami
  7. Penyata Gaji terkini isteri
* SYARAT UTAMA :  Jumlah gaji bulanan suami dan isteri hendaklah
                                          RM 3,000( Minimum)

Visi/Misi

Visi ini merupakan impian syarikat untuk menjadi syarikat perkhidmatan pelanggan bumiputera yang boleh maju dan bersaing di antara syarikat-syarikat perkhidmatan pelanggan yang lain.

Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti perkhidmatan yang ditawarkan contohnya, apabila organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan kuantitit input yang sama atau kurang,

Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurursan membuat kerja yang betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai.Contohnya, organisasi disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matalamtnya disebabkan oleh perlaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat.

Produktiviti disifatkan sebagai nisbah output yang dikeluarkan dibandingkan dengan sumber (input) yang digunakan dalam perkhidmatan.Produktiviti pekerja di ukur dari segi bilangan perkhidmatan dalam jangka masa tertentu.

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) Keliru

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) berharap Kementerian Sumber Manusia memberi penjelasan lanjut mengenai ketetapan yang dibuat dalam Memorandum Persefahaman (MoU) pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani kelmarin kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Ini kerana, kos sebenar yang ditanggung agensi pekerja asing di negara ini untuk mengambil pembantu rumah di Indonesia ialah sebanyak RM6,000 sedangkan MoU yang ditandatangani itu menetapkan harga sebanyak RM4,511.
Presiden Papa, Alwi Bavutty berkata, pihaknya keliru siapa yang akan menanggung baki kos sebanyak RM1,489.
Agensi pekerja asing di negara ini akan menanggung kos sebanyak RM6,000 untuk mengambil pembantu rumah dan apabila majikan datang kepada kami, ia meningkat kepada RM8,000 kerana tambahan RM2,000 itu merangkumi kos lain seperti levi serta perubatan.
Jika MoU itu menetapkan semua sekali sebanyak RM4,511, siapa yang akan menanggung baki kos itu, adakah kementerian akan membayarnya atau terdapat kos tersembunyi lain yang perlu dibayar majikan? katanya.
Beliau berkata, bagi mengelakkan kekeliruan, Kementerian Sumber Manusia perlu memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu.
Kita tidak mahu ada majikan datang dengan wang sebanyak RM4,511 untuk mengambil pembantu rumah, tetapi agensi tidak dapat menyediakannya kerana kos sebenar lebih tinggi, katanya. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam semalam dilaporkan berkata, semua agensi pekerja asing di negara ini perlu mematuhi syarat dan kadar bayaran ditetapkan bagi pengambilan pembantu rumah dari Indonesia yang dimuktamadkan dalam MoU antara Malaysia dan Indonesia yang dimeterai di Bandung, Indonesia Isnin lalu. Mengikut MoU itu, kos pembayaran kepada ejen yang membekalkan pembantu rumah ditetapkan kepada RM4,511.
Sumber : Harian Metro